Teknokrat & Teknoprenuer,

Masa Depan Bermula Di Sini

Your image

Telegram Rasmi Pelajar

Pelajar boleh menggunakan medium ini jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses pendaftaran dan sebagainya

Your image

Soal Selidik Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian

Status Vaksinasi

ROGRAM VAKSINASI KEBANGSAAN

Untuk tindakan semua pelajar supaya program vaksin samada secara temujanji MySejahtera@Walk-In di PPV berdekatan kediaman pelajar sedang giat dijalankan.Mohon pelajar tidak tercicir/ketinggalan dalam mendapatkan vaksinasi Covid-19 seterusnya dapat menjejakkan kaki ke KMKK.

Dan...

Jika pelajar telah menerima dos 1@2@telah selesai, jangan lupa update di link

sini

Buktikan anda warga KMKK mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi.

Jadual Waktu Akademik

Your image
Semester 1 Sesi 2021/2022
Pindaan Jadual Minggu Kuliah & Cuti Semester
Your image

Wakil JPP

Your image

Peraturan Am

  • KELENGKAPAN ASRAMA

    PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBAWA SENDIRI BANTAL DAN CADAR TILAM KERANA PIHAK KOLEJ TIDAK LAGI MENYEDIAKAN ITEM-ITEM TERSEBUT. SEDIAKAN JUGA PADLOCK UNTUK MENGUNCI LOKER MASING-MASING.
  • SUSUN ATUR PERABUT

    SUSUN ATUR PERABUT

    DILARANG MENGUBAH SUSUN ATUR PERABUT DALAM BILIK. HARAP MAKLUM
  • KEBAKARAN

    “JIKA MENEMUI KEBAKARAN”

    1. PECAHKAN ALAT  PECAH KACA ( GLASS BREAKER ) YANG PALING HAMPIR DENGAN ANDA.
    2. PADAMKAN KEBAKARAN DENGAN MENGUNAKAN ALAT PEMADAM API YANG DISEDIAKAN BERHAMPIRAN DENGAN ANDA.

     

    CARA – CARA MENYELAMATKAN DIRI SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

    SEKIRANYA MENDENGAR BUNYI  LOCENG KECEMASAN BERIKUT ADALAH PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.

    1. TINGGALKAN BILIK DAN BANGUNAN ASRAMA DENGAN SEGERA.
    2. JANGAN PANIK DAN LARI.
    3. JANGAN BERHENTI ATAU BERPATAH BALIK UNTUK MENGAMBIL  BARANG-BARANG YANG TERTINGGAL DIDALAM BILIK ASRAMA.
    4. GUNAKAN TANGGA YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA UNTUK KELUAR DARI BANGUNAN ASRAMA
    5. LAPORKAN DIRI DAN BERKUMPUL DIPADANG YANG BERHAMPIRAN DENGAN SURAU DAN PASTIKAN ANDA BERATUR MENGIKUT ARAS DAN NAMA ANDA DIPANGGIL OLEH KETUA ARAS MASING-MASING.
  • PAIP BOMBA

    DILARANG MENGGUNAKAN PAIP BOMBA KECUALI UNTUK TUJUAN UJI LARI (TEST RUN) ATAU MEMADAM KEBAKARAN
  • PERATURAN DALAM BILIK

    PERATURAN DALAM BILIK KOLEJ KEDIAMAN KMTK

     

    • Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan kemas.

     

     

    • Pastikan suis lampu, suis soket dan suis kipas ditutup sebelum meninggalkan bilik.

     

     

    • Pastikan bilik dalam keadaan berkunci apabila  meninggalkan bilik.

     

     

    • Pastikan semua kasut disusun di rak yang disediakan.

     

     

    • Pastikan semua baju dan kain yang basah disidai diampai yang disediakan.

     

     

    • Pastikan sampah sarap dibuang dari bilik apabila meninggalkan bilik. Dilarang membuang sampah keluar dari tingkap bilik.

     

     

    • Dilarang menampal atau menggantung sebarang jenis gambar dan membuat catatan di dinding, almari, katil, tilam, bantal, meja dan kerusi yang disediakan oleh KMTK.

     

     

    • Dilarang mengubah susun atur perabut didalam bilik.

     

     

    • Kerjasama semua pihak akan mengoptimakan penggunaan kemudahan  yang disediakan.

     

  • SUIS ELEKTRIK

    SILA PASTIKAN SUIS LAMPU DAN KIPAS DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN BILIK
  • GANTUNG PAKAIAN

    TIDAK DIBENARKAN MENGGANTUNG PAKAIAN DI TEMPAT SELAIN DARIPADA AMPAIAN YANG DISEDIAKAN.PAKAIAN TERSEBUT BOLEH DIRAMPAS SEKIRANYA INGKAR ARAHAN.

Hebahan H.E.P

Peringatan Mesra dari KJPP
Hari Ahad,Selasa,Rabu dan Khamis serta hari cuti berganti,semua pelajar mesti meninggalkan 
kolej kediaman untuk ke kelas selewat-lewatnya sebelum jam 7.45 pagi. 
Hari Isnin semua pelajar mesti meninggalkan kolej kediaman selewat-lewatnya 
jam 7.15 pagi.
Isnin pagi "Morning Talk" bermula jam 7.20 pagi di dataran Hep.
Pada waktu rehat jam 1.00 ptg - 2.00 ptg setiap hari,semua pelajar tidak dibenarkan balik ke kolej kediaman. 
Sekiranya pelajar perlu berada di kolej kediaman, kebenaran bertulis perlulah diperoleh dari PPHEP,FELO atau KJPP.

Jadual Tugas Felo

Your image

Waktu Rawatan

10.30 am & 2.30 pm sahaja (kecuali kes-kes kecemasan)
Rawatan di Klinik Kesihatan/Hospital berdekatan. 
Borang perlu diisi di Pejabat Kolej Kediaman. 
Bilik Rawatan disediakan bagi pelajar yang mendapat M.C. sahaja.
Jika tidak pelajar boleh memohon kebenaran khas daripada H.E.P dengan mengisi borang  https://www.jotform.com/hepkmkk/borang-kebenaran-khas-pelajar-kmkk untuk berehat di Bilik Rawatan.

Outing

Lelaki-Sabtu
Perempuan-Jumaat 

(Tertakluk kepada arahan semasa Ketua Felo)

TATACARA PEMAKAIAN OUTING

Pelajar Lelaki

-Tshirt berkolar/seluar selain dari seluar (jeans) dan kasut bertutup.

-Selipar dan sandal serta Tshirt tak berkolar atau berkolar bulat dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar Perempuan

-Pelajar beragama islam wajib menutup aurat dan memakai kasut bertutup.

-Bagi pelajar bukan beragama Islam hendaklah memakai pakaian yang kemas dan tidak menjolok mata serta kasut bertutup.

Kebenaran Khas

Pelajar yang ingin mendapatkan kebenaran khas seperti: 
-kematian 
-berehat di bilik asrama pada waktu P&P 
-bermalam di luar kawasan kolej 
dan sebagainya perlu mendapatkan dan mengisi Borang Kebenaran Khas di SINI https://www.jotform.com/hepkmkk/borang-kebenaran-khas-pelajar-kmkk

WiFi

Seluruh kawasan KMKK diliputi rangkaian Wi-Fi bagi memudahkan 
pelajar mengakses internet. 
WIFI Student@KMKK = Username(no I.C) dan password(no matrik) diperlukan. 
TM WIFI disediakan di kafeteria kolej kediaman.

KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM)

KAKOM ialah pengelolaan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (10 buah), Kolej Matrikulasi Teknikal (3 buah) dan Kolej MARA (2 buah). Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) merupakan salah satu aktiviti dalam program kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, pertandingan bercorak akademik dan waja diri. Karnival ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing. Aktiviti ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan menerapkan nilai-nilai murni. 
KAKOM 2014 
KAKOM 2015
KAKOM 2017