Peperiksaan KMKK

  • SETIAUSAHA

    Mohd Helmi Bin Mehat

     

    PENOLONG SETIAUSAHA

    Farid Bin Saad

     

  • KALENDAR AKADEMIK
  • Arahan umum kepada calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

    1. Calon dikehendaki membawa bersama-sama Kad Matrik/Kad Pengenalan ke dalam dewan/bilik peperiksaan bagi setiap kertas peperiksaan.

    2. Calon dikehendaki berada di dewan/bilik peperiksaan selewat-lewatnya 15 minit sebelum peperiksaan bermula.Jika calon terlewat, sila berjumpa dengan Ketua Pengawas.

    3. Calon dilarang membawa nota, gambar rajah, catatan, buku teks, bekas alat tulis, penutup kalkulator, telefon bimbit dan seumpamanya ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

    4. Calon tidak dibenarkan merujuk sebarang bentuk maklumat, nota, catatan, buku teks, telefon bimbit dan seumpamanya sama ada di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan.

    5. Calon tidak dibenarkan bercakap-cakap, berbisik dan membuat bising sepanjang waktu peperiksaan dijalankan.

    6.  Pastikan kertas soalan yang diterima adalah betul bagi peperiksaan berkenaan. Jika salah, laporkan kepada Ketua Pengawas.

    7. Segala arahan bertulis dalam kertas soalan hendaklah dipatuhi oleh setiap calon.

    8. Nombor Matrik dan maklumat yang berkenaan hendaklah ditulis di setiap helaian kertas jawapan di ruangan yang disediakan.

    9. Jawapan perlu ditulis menggunakan pen biru atau hitam sahaja untuk kertas jawapan subjektif.  Pensil tidak dibenarkan melainkan untuk melukis gambarajah dan graf.

    10. Tuliskan nombor soalan yang dijawab di ruangan sebelah kiri kertas jawapan dan ruang sebelah kanan hendaklah ditinggalkan kosong.  Soalan tidak perlu ditulis/disalin semula pada kertas jawapan.

    11. Kertas jawapan objektif mesti ditulis dan dilorek dengan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Penggunaan pensil mekanikal tidak dibenarkan.

    12. Jika ada sebarang keraguan dan pertanyaan mengenai peperiksaan berkenaan, sila angkat tangan dan tunggu sehingga Ketua Pengawas/Pengawas peperiksaan tiba.

    13. Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit selepas peperiksaan dimulakan.  Calon hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran Ketua Pengawas selepas waktu ini (selepas 30 minit peperiksaan berjalan). Calon berkenaan tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan/bilik peperiksaan.

    14. Calon tidak dibenarkan keluar 30 minit sebelum peperiksaan tamat.

    15. Setelah tamat menjawab, helaian tambahan perlu diikat bersama-sama buku jawapan sebelum diserahkan.

    16. Calon dilarang membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas jawapan yang telah atau belum digunakan.

    17. Kertas soalan tertutup hendaklah diserahkan kembali kepada Ketua Pengawas/Pengawas sebelum meninggalkan dewan/bilik peperiksaan.

    18. Calon dilarang meninggalkan dewan/bilik peperiksaan sehingga diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas.

     

  • Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan:

    • Penilaian Berterusan (PB)

    • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

    Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

  • PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
     
    Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) merupakan sebuah peperiksaan yang dilaksanakan di akhir semester pengajian di kesemua kolej matrikulasi seluruh Malaysia.  Peperiksaan ini dijalankan secara berpusat dan serentak di seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. Sistem Purata Nilai Gred setiap semester digunakan dalam proses penilaian bagi tujuan peperiksaan ini.
  • SEMAK SEMULA

    Semakan semula keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dibuat dengan memuat turun borang "Borang Permohonan Semak Semula PSPM" dengan merujuk panduan di bawah.

    Permohonan untuk penyemakan semula perlu dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman web ini.


    Borang permohonan hendaklah sampai ke BMKPM dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dikeluarkan.

    Bayaran dikenakan bagi setiap kertas jawapan yang hendak disemak. Jumlah bayaran adalah seperti yang tertera pada borang permohonan mengikut mata pelajaran yang dipohon untuk semak semula. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos/bank draf atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Transkrip akademik

    Syarat-syarat

    1. Permohonan untuk mendapatkan salinan transkrip akademik akan dipertimbangkan berdasarkan sebab-sebab munasabah seperti kehilangan dan kerosakan transkrip.

    2. Permohonan mendapatkan salinan transkrip akademik hanya boleh dibuat oleh pemohon yang terdiri daripada bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Wakil kepada pelajar adalah tidak dibenarkan.

    3. Setiap permohonan salinan transkrip akademik akan diselesaikan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan surat / borang permohonan pelajar.

    Permohonan

    Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon untuk mendapatkan salinan transkrip akademik.

    1. Salinan Laporan Polis (jika hilang)

    2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A).

    3. Salinan transkrip (jika permohonan melibatkan transkrip asal yang rosak atau permohonan salinan terjemahan transkrip)

    4. Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut:

    • Nama Penuh

    • No. Matrik Pelajar

    • No. Kad Pengenalan

    • Sesi Pengajian

    • Nama Kolej

    • Kursus

    • Jurusan

    • Alamat Surat-Menyurat

    Penyerahan Salinan Transkrip

    1. Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan dalam surat / borang permohonan.

    2. Jika salinan transkrip hendak diambil sendiri oleh pemohon (bekas pelajar), kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan bagi pengesahan identiti pemohon oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.

    3. Jika salinan transkrip hendak diambil oleh wakil pemohon, surat kebenaran mewakili pemohon perlu disediakan oleh pemohon dengan ditandatangani  pemohon beserta salinan kad pengenalan wakil yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A. Wakil pemohon juga perlu menyerahkan kad pengenalan untuk pemeriksaan identiti oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.

     

    Pengarah,
    Bahagian Matrikulasi,
    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Berkuatkuasa: 16 Januari 2012

    Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan salinan transkrip.

    (Borang Permohonan Salinan Transkrip akademik)

    Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai transkrip akademik,

    sila emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Malaysian University English Test Dalam sistem pendidikan Malaysia, Bahasa Inggeris merupakan salah satu elemen yang penting. Malaysian University English Test (MUET) digunakan untuk memberi penekanan yang berterusan terhadap elemen ini. Objektif MUET adalah untuk mengukur penguasaan bahasa Inggeris pelajar pra-universiti bagi kemasukan ke peringkat pengajian tinggi. MUET terdiri daripada semua empat kemahiran bahasa mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ia mengukur dan melaporkan tahap penguasaan berdasarkan julat skor agregat sifar hingga 300 calon. Skor kaitan dengan sistem banding antara Band dari 1 hingga 6 Band. Slip keputusan MUET dikeluarkan kepada setiap calon yang menduduki kesemua empat komponen ujian tersebut.