Kolej Kediaman

  •  

     

    Rita Masmura Binti Ismail

    Ketua Penyelia Asrama N27

     

    Wan Salita binti Awang Mahamud

    Penyelia Asrama N22

     

    Mohamad Kamal bin Abd Rahman

    Penyelia Asrama N19

     

    Natrah binti Hashim

    Penyelia Asrama N19

     

    Noor Aqilah Binti Mohd Kahar

    Penyelia Asrama N19

Carta Organisasi Pengurusan Kolej Kediaman

Your image
Your image

Sejarah

Kolej Kediaman Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) mula beroperasi pada Mei 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Asrama Sek. Men. Teknik Pendang sehinggalah ia dinaik taraf kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah). Ambilan pertama pelajar KMTK yang menetap di kolej kediaman ini adalah seramai 99 orang sahaja.Pada tahun 2010 bilangan pelajar semakin bertambah sehingga 348 orang. Setakat ini kolej kediaman mampu menempatkan seramai 518 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan dalam satu-satu masa. Setiap pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah layak dan wajib menetap di Kolej Kediaman yang disediakan. Dengan prasarana dan kelengkapan yang lengkap di setiap blok kolej kediaman,keselesaan pelajar adalah terjamin.

Sample title

Kolej Satria (Lelaki)

Kolej Satria dikhaskan untuk pelajar lelaki. Keluasan keseluruhan blok dianggarkan 200x120 kaki persegi dan mempunyai 3 paras manakala anggaran kasar keluasan setiap bilik adalah 25x20 kaki persegi. Jumlah bilik yang terdapat di kolej ini adalah sebanyak 42 buah.Dengan keluasan tersebut, ia mampu menampung sehingga maksimum 6 orang pelajar pada suatu masa. Kelengkapan asas di dalam setiap bilik asrama yang telah disediakan adalah seperti katil ,tilam, bantal,almari besi ,kipas angin,kerusi , meja belajar,rak kasut dan ampaian (kain cadar tilam tidak disediakan). Kemudahan bilik sakit juga disediakan di paras bawah blok yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil dan tilam. Di setiap paras disediakan rumah felo bagi memudahkan felo menjalankan tugas pada waktu-waktu kecemasan.

Sample title

Kolej Srikandi

Kolej Srikandi dikhaskan untuk pelajar perempuan. Blok asrama yang sedikit kecil berbanding dengan Kolej Satria ini, dianggarkan berkeluasan 160x100 kaki persegi. Jumlah bilik pula sebanyak 34 buah dengan keluasan setiap bilik dianggarkan 25x20 kaki persegi. Seperti juga Kolej Satria, kolej ini juga mempunyai 3 paras dan mampu memuatkan sehingga maksimum 6 orang pelajar satu bilik pada suatu masa.Dalam sebuah bilik asrama dilengkapi dengan katil,tilam,bantal, almari,kipas angin, kerusi ,meja belajar,rak kasut dan ampaian, (kain cadar tilam tidak disediakan). Kemudahan bilik sakit juga disediakan di paras bawah blok yang dilengkapi dengan kemudahan asas.Rumah felo juga di bina di setiap paras kolej kediaman bagi memudahkan felo menjalankan tugas pada waktu-waktu kecemasan.

Sample title

Peraturan Am Kolej Kediaman

  • KELENGKAPAN ASRAMA

    PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBAWA SENDIRI BANTAL DAN CADAR TILAM KERANA PIHAK KOLEJ TIDAK LAGI MENYEDIAKAN ITEM-ITEM TERSEBUT. SEDIAKAN JUGA PADLOCK UNTUK MENGUNCI LOKER MASING-MASING.
  • SUSUN ATUR PERABUT

    SUSUN ATUR PERABUT

    DILARANG MENGUBAH SUSUN ATUR PERABUT DALAM BILIK. HARAP MAKLUM
  • KEBAKARAN

    “JIKA MENEMUI KEBAKARAN”

    1. PECAHKAN ALAT  PECAH KACA ( GLASS BREAKER ) YANG PALING HAMPIR DENGAN ANDA.
    2. PADAMKAN KEBAKARAN DENGAN MENGUNAKAN ALAT PEMADAM API YANG DISEDIAKAN BERHAMPIRAN DENGAN ANDA.

     

    CARA – CARA MENYELAMATKAN DIRI SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

    SEKIRANYA MENDENGAR BUNYI  LOCENG KECEMASAN BERIKUT ADALAH PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.

    1. TINGGALKAN BILIK DAN BANGUNAN ASRAMA DENGAN SEGERA.
    2. JANGAN PANIK DAN LARI.
    3. JANGAN BERHENTI ATAU BERPATAH BALIK UNTUK MENGAMBIL  BARANG-BARANG YANG TERTINGGAL DIDALAM BILIK ASRAMA.
    4. GUNAKAN TANGGA YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA UNTUK KELUAR DARI BANGUNAN ASRAMA
    5. LAPORKAN DIRI DAN BERKUMPUL DIPADANG YANG BERHAMPIRAN DENGAN SURAU DAN PASTIKAN ANDA BERATUR MENGIKUT ARAS DAN NAMA ANDA DIPANGGIL OLEH KETUA ARAS MASING-MASING.
  • PAIP BOMBA

    DILARANG MENGGUNAKAN PAIP BOMBA KECUALI UNTUK TUJUAN UJI LARI (TEST RUN) ATAU MEMADAM KEBAKARAN
  • PERATURAN DALAM BILIK

    PERATURAN DALAM BILIK KOLEJ KEDIAMAN KMTK

     

    • Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan kemas.

     

     

    • Pastikan suis lampu, suis soket dan suis kipas ditutup sebelum meninggalkan bilik.

     

     

    • Pastikan bilik dalam keadaan berkunci apabila  meninggalkan bilik.

     

     

    • Pastikan semua kasut disusun di rak yang disediakan.

     

     

    • Pastikan semua baju dan kain yang basah disidai diampai yang disediakan.

     

     

    • Pastikan sampah sarap dibuang dari bilik apabila meninggalkan bilik. Dilarang membuang sampah keluar dari tingkap bilik.

     

     

    • Dilarang menampal atau menggantung sebarang jenis gambar dan membuat catatan di dinding, almari, katil, tilam, bantal, meja dan kerusi yang disediakan oleh KMTK.

     

     

    • Dilarang mengubah susun atur perabut didalam bilik.

     

     

    • Kerjasama semua pihak akan mengoptimakan penggunaan kemudahan  yang disediakan.

     

  • SUIS ELEKTRIK

    SILA PASTIKAN SUIS LAMPU DAN KIPAS DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN BILIK
  • GANTUNG PAKAIAN

    TIDAK DIBENARKAN MENGGANTUNG PAKAIAN DI TEMPAT SELAIN DARIPADA AMPAIAN YANG DISEDIAKAN.PAKAIAN TERSEBUT BOLEH DIRAMPAS SEKIRANYA INGKAR ARAHAN.

Kolej Kediaman

  •  

     

    Rita Masmura Binti Ismail

    Ketua Penyelia Asrama N27

     

    Wan Salita binti Awang Mahamud

    Penyelia Asrama N22

     

    Mohamad Kamal bin Abd Rahman

    Penyelia Asrama N19

     

    Natrah binti Hashim

    Penyelia Asrama N19

     

    Noor Aqilah Binti Mohd Kahar

    Penyelia Asrama N19