Latar Belakang KMKK

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah(dahulu dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah) mula beroperasi pada Mei 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Pendang sehinggalah ia dinaik taraf kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah(KMTK). Ambilan pertama pelajar KMTK pada tahun 2009 iaitu seramai 99 orang pelajar sahaja. Pada tahun 2010 bilangan pelajar semakin bertambah sehingga 348 orang. Pada 2018 ia sekali lagi bertukar nama kepada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK).Setakat ini Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah mampu menempatkan seramai 518 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan dalam satu-satu masa. Setiap pelajar layak dan wajib menetap di Kolej Kediaman yang disediakan. Dengan prasarana dan kelengkapan yang lengkap di setiap blok kolej kediaman, keselesaan pelajar adalah terjamin.

Perutusan Pengarah 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih dan selamat datang ke laman web Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK). Semoga paparan-paparan yang terdapat di dalam laman web ini dapat membantu semua pelawat mendapatkan maklumat, pengetahuan dan ilmu yang berguna.Pada zaman ini pengetahuan dan penggunaan aplikasi internet sudah menjadi satu kemestian bagi setiap insan yang tidak mahu ketinggalan di dalam kemajuan arus perdana negara dan dunia. Penggunaan aplikasi atas talian (online) telah memudahkan dan mempercepatkan perhubungan dan komunikasi di antara individu melalui pelbagai media. Perbincangan, mesyuarat, seminar, pembelajaran, pengajaran dan sebagainya boleh dilakukan secara di atas talian. Semua cepat dan mudah. Banyak masa, kewangan dan tenaga dapat dijimatkan jika kita pandai mengambil peluang dari kemudahan dan kecanggihan yang ada.Oleh itu KMKK berazam untuk menjadi sebuah kolej yang menggunakan sepenuhnya aplikasi atas talian di dalam setiap bidang sepertipengurusan, pentadbiran, pengajaran, pembelajaran, perbincangan, mesyuarat, taklimat dan hubungan sosial. Capaian internet akan dipertingkatkan dan diperluaskan ke seluruh kolej. Semoga semua warga KMKK akan membudayakan diri menjadi pengguna kemudahan internet sepenuhnya sama ada semasa di dalam persekitaran kolej mahupun semasa berada di luar persekitaran kolej. Semoga tahun 2021 akan menjadi kenyataan di mana KMKK akan menjadi kolej yang mengungguli penggunaan aplikasi dalam talian. Semoga semua warga KMKK memberikan sokongan padu dan bekerjasama ke arah mewujudkan suasana dan budaya ICT menjadi amalan bersama. Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia 

Visi

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Misi

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang

Pengurusan Tertinggi

Carta Organisasi

Your image

Piagam Pelanggan

Kami warga KMKK dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:- Sentiasa menepati masa seperti ketetapan di dalam jadual waktu P&P yang diberikan. Menyampaikan P&P yang berkualiti, cekap dan bijaksana. Menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi, selesa dan kondusif. Memastikan pengurusan yang berdedikasi, berdisiplin, cekap dan amanah. Mewujudkan budaya kerja hormat menghormati, penyayang dan mesra. Memastikan sahsiah pelajar sentiasa unggul dengan program kerohanian. Memastikan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Mengamalkan program gaya hidup sihat dan harmoni.

Logo KMKK

Logo KMTK

3 BENTUK GEAR (SISI) 
Logo KMTK
Tiga bentuk gear (sisi) (membentuk sempadan) mewakili 3 buah kolej perintis beraliran teknikal di Malaysia, 
yang direalisasikan melalui Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, BMKPM. 
Bermula dengan gear bersaiz kecil sehingga menjadi gear yang bersaiz besar, merujuk kepada perkembangan ilmu dan profesionalisme pelajar. 
Warna JINGGA (ORANGE), kreatif dan inovatif warga KMKK, dan merupakan 
warna rasmi daerah Pendang, Kedah (lokasi KMKK).

3 BENTUK GEAR (TERAS)   
Logo KMTK
Tiga bentuk gear (teras) mewakili tiga aliran kejuruteraan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi  Kejuruteraan Kedah
-Kejuruteraan Awam -Kejuruteraan Elektrik & Elektronik -Kejuruteraan Mekanikal 
Warna BIRU (BLUE) , perpaduan, bersatu dan muafakat warga KMKK di dalam menjayakan visi dan misi.

BENTUK SEGITIGA (KOMBINASI GEAR)   
Logo KMTK
Gabungan dari gear-gear disisi dan gear-gear diteras membentuk segitiga yang bermaksud persepaduan visi, misi BMKPM dan KMKK di dalam menjana profesionalisme teknokrat kejuruteraan untuk keperluan negara.