Soalan Lazim

Sample title
Kemudahan yang disediakan di KMKK?

1.Dewan kuliah: 4buah
2. Bilik tutoran: 25buah
3. Makmal autocad: 2buah
4. Makmal Fizik: 3buah
5. Makmal Kimia: 4buah
6. Studio LK: 4buah (beroperasi 2 shj)
7. Bengkel Kejuruteraan: 4buah
8. Makmal Bahasa: 2buah
9. 2 blok Kolej Kediaman (Lelaki dan Perempuan) yang mampu memuatkan 400++ pelajar.
10. Perpustakaan dengan koleksi pinjaman dan rujukan buku,kemudahan perkhidmatan sirkulasi,bilik siber,bilik perbincangan,bilik tayangan dan ruangan bacaaan yg mampu memuatkan 220 orang pelajar dalam satu masa. 
11. Gelanggang Sukan dan Permainan seperti bola keranjang, bola jaring, badminton dan ragbi, petanque, tenis, bola tampar, sepak taqraw dan futsal. 
12. Surau 
13. Kafeteria

Sample title
Keperluan P&P

-Peralatan untuk Lukisan Kejuruteraan 
-Drawing Board ( Plastik/Papan ) 
-Mechanical Ampass ( Bofaset, Maped )
-T-Square, Set Square 
-Template ( Bulatan, Civil dan sebagainya )

Sample title
Adakah bantuan kewangan dan makan minum disediakan?

Pelajar yang mendaftar bagi program Matrikulasi akan menerima biasiswa KPM ( Wang Saku ) sebanyak RM 2,500.00 dan akan dibayar pada setiap semester sebanyak RM 1,250.00. Pihak Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia tidak menyediakan makan dan minum sepanjang pengajian. Kos makan minum pelajar adalah tanggungjawab sendiri dan pihak kolej hanya meyediakan sistem kafetaria.

Sample title
Adakah pengkhususan jurusan telah ditetapkan dan adakah pelajar boleh menukar mengikut minat? Jika boleh apakah tempoh penukaran dan apakah prosedurnya?

Pengkhususan telah ditetapkan semasa memberi tawaran kepada pelajar. Ia dibuat berdasarkan permohonan dan kelayakan pelajar.

Sample title
Bagaimanakah jadual waktu belajar?

Jadual waktu belajar adalah : 
- 8.00 Pagi – 5.00 Petang ( Ahad hingga Khamis ) 
Waktu rehat pelajar adalah : - 1.00 Tgh/hari – 2.00 Petang 

Sample title
Dimanakah untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu?

Maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu boleh dirujuk kepada unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sample title
Sekiranya nama saya disenaraikan ke Matrikulasi, adakah peluang saya untuk ke lain-lain Institusi telah ditutup?

Tidak

Sample title
Bolehkah saya memohon untuk menukar ke sebuah Kolej Matrikulasi yang lain?

Segala urusan pertukaran hendaklah dirujuk ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM)

Sample title
Bilakah surat tawaran akan dihantar?

Pihak kolej tidak menghantar surat tawaran ke alamat pelajar. Surat tawaran dari Bahagian Matrikulasi boleh di muat turun dan dicetak sendiri oleh pelajar dari laman web Bahagian Matrikulasi iaitu http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Sample title
Apakah barang keperluan yang perlu dibawa semasa hari pendaftran?

Surat tawaran, sijil-sijil dan salinan sijil yang berkaitan, slip BSN bagi bayaran yuran pengajian, pakaian kuliah harian (seperti yang dilampirkan bersama surat tawaran), pakaian dan kasut yang bersesuaian untuk sesi Minggu Pendaftaran Pelajar Baru, bantal dan keperluan harian yang lain.

Sample title
Adakah saya perlu 'mematikan' setem hasil pada borang perjanjian?

Tidak perlu. Hanya tampal setem hasil RM10 x 2 salinan borang perjanjian  tersebut di penjuru kanan atas muka depan borang perjanjian dan serahkan kepada mentor masing-masing semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru.  

Sample title
Anda menerima jawapan dari sistem SMS, tetapi anda tidak menerima surat tawaran.

Kemungkinan alamat yang diberikan tidak lengkap atau anda telah berpindah. Sila telefon pihak kolej untuk bantuan dan kepastian.

Sample title
Adakah saya perlu membeli peralatan dan keperluan harian semasa berada di KMKK nanti?

Anda boleh membelinya sebelum hari pendaftaran. Sila pastikan semua keperluan disediakan sebelum anda datang mendaftar. Anda juga boleh mendapatkan keperluan tersebut di sekitar bandar Gurun/Guar Cempedak yang tidak jauh dengan KMKK.

Sample title
Apakah tindakan segera yang perlu dilakukan apabila mendapat tawaran?

Tindakan segera: 
Berikut adalah senarai yang perlu diambil tindakan oleh pelajar seebelum mendaftar diri ke KMKK: 
1.Baca dengan teliti lampiran Panduan Program Matrikulasi serta syarat-syarat tawaran ke Program Matrikulasi. 
2.Buat pembayaran secara 'Bank-In' di Bank Simpanan Nasional sahaja dan slip pembayaran hendaklah disimpan. 
3.Buka Akaun  di Bank Rakyat bagi mereka yang tidak mempunyai akaun. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun, anda dinasihatkan supaya mengaktifkan semula akaun anda sekiranya tidak aktif. 
4.Buat salinan muka hadapan buku akaun yang jelas menunjukkan nombor akaun simpanan dan alamat anda. 5.Lengkapkan semua borang penting termasuk Buku Dokumen Pendaftaran dan Borang Maklumat Pelajar-UDM. 
6.Sediakan 2 keping SETEM HASIL, setiap satu bernilai RM10.00 untuk tujuan melengkapkan Borang Perjanjian dan Pembiayaan Pelajar