K M K K
Memuatkan Laman...
FAQ Robot Icon
CHAT BOT KMKK
Skip to main content







Penginapan Kondusif Menjadi Keutamaan







KMKK menyediakan 2 blok kediaman kepada pelajar

SATRIA-pelajar lelaki
SRIKANDI-pelajar perempuan

Barang Keperluan di Asrama

Di bawah ini merupakan senarai barang-barang yang perlu dibawa sendiri oleh bakal pelajar kerana barang tersebut tidak disediakan oleh pihak asrama.

Bantal

Bantal dan sarung tidak disediakan oleh pihak asrama.

Cadar tilam

Cadar tilam tidak disediakan di asrama. Pelajar perlu membeli sendiri.

Hanya tilam sahaja yang disediakan

Padlock

Untuk digunakan pada loker pelajar masing-masing.
Saiz padlock anggaran dalam 30mm-40mm


Kemudahan Asas Asrama

Antara kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kolej kediaman KMKK.

Dobi

Mesin basuh & pengering "cashless".
Kad tambah nilai boleh dibeli di pejabat asrama.

Mesin Air

Disediakan mesin penapis air 3 suhu di setiap aras kolej kediaman blok lelaki dan perempuan.

Bilik Menggosok(Iron)

Disediakan bilik khas untuk menggosok pakaian.
Pelajar adalah dilarang membawa iron sendiri ke asrama.

Rak Kasut

Disediakan untuk setiap bilik.
Disiplinkan diri untuk susun kasut anda,jangan sepahkan.

Ampaian

Luas.
Juga disediakan untuk setiap bilik.

Bilik Mencuci

Bilik khas untuk mencuci pakaian pelajar


Peraturan Kolej Kediaman

Peraturan Waktu Asrama

Prosedur ke Klinik

    PERKARA 38: TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN (1)

    38.1 Semua pelajar yang mendaftar di Program Matrikulasi KPM wajib menetap di bilik
    yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.
    38.2 Pelajar menetap di kolej kediaman dikehendaki mengesahkan bahawa semua
    peralatan dan perabot di dalam bilik berada dalam keadaan lengkap dan sempurna
    semasa mula menetap di bilik yang ditetapkan. Pengesahan ini hendaklah
    dikemukakan kepada penyelia asrama dalam tempoh 7 hari dari tarikh mula
    menetap.
    38.3 Sebarang kekurangan atau kerosakan pada peralatan, perabot atau kemudahan
    perlu dilaporkan kepada penyelia asrama kolej kediaman masing-masing.
    38.4 Sebelum meninggalkan kolej kediaman, pelajar wajib memastikan bahawa
    keadaan bilik dan semua kemudahan asas berada dalam keadaan baik dan
    sempurna, serta mengembalikan kunci kepada penyelia asrama selepas
    pengesahan dibuat.
    38.5 Tiada sesiapa dibenarkan memasuki, menetap atau berada di dalam bilik pelajar
    kecuali:
    a) Pelajar berkenaan yang menetap di bilik tersebut; atau
    b) Kakitangan, pegawai, atau pekerja kolej yang memasuki bilik untuk
    menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab rasmi; atau mana-mana
    individu yang diberikan kebenaran secara lisan atau bertulis oleh Pengarah
    Kolej; atau
    c)Pelajar lain daripada jantina yang sama, bagi tujuan aktiviti sosial biasa yang
    tidak mencurigakan

    (kaedah 27, Akta 174)

    PERKARA 38: TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN (2)

    38.6 Pelajar menetap tidak dibenarkan menghalang, menentang atau menahan
    mana-mana pegawai, kakitangan atau pekerja kolej daripada memasuki
    mana-mana bilik di kolej kediaman sekiranya kemasukan tersebut adalah bagi
    tujuan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab rasmi mereka.
    (kaedah 28, Akta 174)

    38.6 Pelajar menetap tidak dibenarkan menghalang, menentang atau menahan
    mana-mana pegawai, kakitangan atau pekerja kolej daripada memasuki
    mana-mana bilik di kolej kediaman sekiranya kemasukan tersebut adalah bagi
    tujuan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab rasmi mereka.
    (kaedah 28, Akta 174)
    38.7 Pelajar menetap tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut:
    a)
    b)
    Berada di luar blok kolej kediaman masing-masing selepas jam 11:00 malam,
    kecuali dengan kebenaran daripada Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi
    kuasa oleh Pengarah Kolej .
    Berada di dalam blok kolej kediaman lain, melainkan dengan kebenaran
    bertulis atau direkodkan oleh Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi kuasa
    oleh Pengarah Kolej.
    (kaedah 29 dan 30, Akta 174)
    38.8 Penggunaan premis dan larangan-larangan berkaitan adalah seperti yang berikut:
    a)
    b)
    c)
    d)
    e)
    f)
    Pelajar menetap hendaklah menggunakan premis kolej kediaman dengan
    cermat serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencacatkan,
    mengotorkan atau merosakkan harta benda dan kelengkapan yang
    disediakan.
    Pelajar menetap bertanggungjawab membuat aduan secara bertulis kepada
    penyelia asrama berkenaan sebarang bentuk kerosakan di kolej kediaman.
    Pelajar menetap hendaklah berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa
    memelihara suasana harmoni di kolej kediaman sepanjang tempoh menetap
    serta semasa menggunakan kemudahan yang disediakan.
    Pelajar menetap dilarang sama sekali memasak di dalam bilik penginapan.
    Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa masuk, menyimpan atau
    menjaga sebarang jenis binatang ke dalam bilik atau mana-mana premis kolej
    kediaman.
    (kaedah 31, Akta 174)
    Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik di dalam bilik penginapan
    hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak kolej.

    PERKARA 38: TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN (3)

    38.9 Pelajar yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak dibenarkan menukar tempat
    tinggal ke mana-mana bilik lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kolej.
    (kaedah 32, Akta 174)
    38.10 Menjadi tanggungjawab pelajar menetap untuk memaklumkan kepada Ketua Felo
    atau Felo sekiranya rakan sebilik tidak berada atau tidak bermalam di bilik
    penginapan.
    38.11 Pelajar menetap bertanggungjawab untuk melaporkan dengan segera kepada
    Ketua Felo atau Felo sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti:
    a)
    Salah laku buli;
    b)
    c)
    d)
    e)
    f)
    g)
    h)
    Salah laku seksual;
    Kecurian;
    Pergaduhan;
    Pencerobohan;
    Vandalisme;
    Perbuatan yang mengganggu ketenteraman; atau
    Apa-apa aktiviti yang tidak sihat atau tidak bermoral.
    38.12 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah adalah seperti yang berikut:
    a)
    b)
    c)
    Pihak kolej berhak mengarahkan mana-mana pelajar menetap untuk
    mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke bilik atau tempat lain
    yang disediakan oleh kolej pada bila-bila masa, tanpa perlu memberikan
    sebarang sebab.
    Sekiranya pelajar dikehendaki mengosongkan atau berpindah, pelajar
    tersebut wajib berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak
    kolej.
    (kaedah 33, Akta 174)
    Semua barang milik pelajar hendaklah dikeluarkan daripada bilik atau tempat
    yang perlu dikosongkan atau dipindahkan.

    d)
    Pelajar yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak dibenarkan menukar
    tempat tinggal ke mana-mana bilik lain tanpa kebenaran bertulis daripada
    pihak kolej.

    PERKARA 38: TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN (4)

    38.13 Semua pelajar menetap diwajibkan mengosongkan kolej kediaman semasa
    tempoh cuti semester, penangguhan pengajian, perpindahan, penggantungan
    pengajian, berhenti pengajian atau tamat pengajian.
    38.14 Borang daftar keluar kolej kediaman hendaklah diisi, disahkan dan diserahkan
    di pondok pengawal keselamatan sebelum meninggalkan kolej atas sebab
    penangguhan pengajian, perpindahan, penggantungan pengajian, berhenti
    pengajian atau tamat pengajian.
    38.15 Felo atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej berhak mengeluarkan
    arahan atau menetapkan peraturan tambahan dari semasa ke semasa, sama ada
    secara lisan atau bertulis, yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk memelihara
    ketenteraman di kolej kediaman. Semua arahan dan peraturan tersebut wajib
    dipatuhi dan dilaksanakan oleh pelajar menetap.
    (kaedah 34, Akta 174)
    38.16 Penghantaran makanan oleh pengusaha makanan berdaftar secara dalam talian,
    ibu bapa/penjaga/waris pelajar hanya dibenarkan sehingga jam 7:00 malam
    sahaja.

    PERKARA 39: RAWATAN PERUBATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT, CUTI HUJUNG MINGGU DAN CUTI AM

    39.1 Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau mengalami sakit
    selepas waktu pejabat, pada cuti hujung minggu atau cuti am, hendaklah
    memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Felo atau Felo bagi menghantar ke
    hospital untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.
    39.2 Pelajar menetap perlu membawa Surat Akuan Rawatan semasa mendapatkan
    rawatan dan wajib menyerahkan semula keratan surat yang telah disahkan oleh
    pegawai perubatan kepada Ketua Felo, Felo atau pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).
    39.3 Pelajar hanya dibenarkan berada di bilik sakit setelah mendapat kebenaran secara
    bertulis dari Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

    PERKARA 40: BARANGAN KEPUNYAAN PERSENDIRIAN

    40.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barangan milik peribadi
    di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap
    sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan tersebut.
    40.2 Segala pakaian termasuk kasut yang basah hendaklah disidai atau dijemur
    di tempat yang disediakan. Sebelum dijemur di ampaian, pelajar hendaklah
    memerah pakaian tersebut terlebih dahulu bagi mengelakkan air menitis ke
    pakaian pelajar lain di tingkat bawah.
    40.3 Pelajar dibenarkan menumpang barangan peribadi di dalam stor blok kolej
    kediaman semasa cuti semester dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah
    Kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej. Pelajar tersebut
    bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barangan peribadi yang
    ditumpangkan.

    PERKARA 41: KELAKUAN PELAJAR MENETAP

    41.1 Pelajar menetap hendaklah menjalin hubungan yang baik, bekerjasama, saling
    hormat-menghormati dan bertimbang rasa terhadap seluruh warga kolej kediaman.
    41.2 Pelajar menetap bertanggungjawab menjaga kebersihan, kesihatan dan
    keselamatan diri sepanjang tempoh menetap di kolej kediaman.
    41.3 Pelajar menetap dilarang membuat bising atau melakukan sebarang perbuatan
    yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian warga kolej kediaman.

    PERKARA 42: MASA MEMADAM LAMPU

    42.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya pada
    jam 12:00 tengah malam. Walau bagaimanapun, lampu meja boleh digunakan
    sekiranya perlu.
    42.2 Penggunaan bilik khas selepas jam 12:00 tengah malam hanya dibenarkan dengan
    kebenaran bertulis daripada Ketua Felo atau Felo.
    42.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas angin
    sekiranya tiada sesiapa di dalam bilik atau apabila meninggalkan bilik
    masing-masing.
    42.4 Pelajar terakhir yang menggunakan bilik khas bertanggungjawab untuk
    memastikan semua suis elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bilik tersebut.

    PERKARA 43: PERABOT DAN PERALATAN ELEKTRIK

    43.1 Semua perabot dan peralatan yang terdapat di bilik atau bilik khas tidak boleh
    diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada Pengarah Kolej
    atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
    43.2 Pelajar menetap dilarang memiliki atau membawa masuk peralatan elektrik seperti
    peralatan audio visual, televisyen, perakam dan pemain video, peti sejuk, cerek,
    dapur, periuk, pemanas air, seterika dan lain-lain peralatan elektrik ke dalam bilik
    penginapan.
    43.3 Pelajar menetap hanya dibenarkan menggunakan cerek elektrik dan seterika
    elektrik di bilik khas yang disediakan oleh pihak kolej.
    43.4 Pelajar menetap dibenarkan membawa wayar penyambung yang terhad kepada
    dua soket sahaja yang mendapat kelulusan SIRIM. Namun, sebarang
    pengubahsuaian terhadap wayar penyambung adalah dilarang sama sekali.
    43.5 Sebarang bentuk penyambungan atau pendawaian elektrik di dalam kolej
    kediaman atau bilik penginapan adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
    melakukannya akan dianggap telah merosakkan harta benda atau bangunan kolej
    dan pihak kolej berhak mengenakan tindakan tatatertib serta menuntut gantirugi.
    43.6 Pelajar menetap hendaklah melaporkan dengan segera sebarang kerosakan
    kemudahan di bilik penginapan dan kolej kediaman kepada pegawai yang diberi
    kuasa oleh Pengarah Kolej.

    PERKARA 44: MENERIMA TETAMU

    44.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu memasuki mana-mana
    kawasan kolej kediaman. Tetamu hanya boleh diterima pada hujung minggu dan
    hari kelepasan am, di tempat yang ditetapkan dan selepas jam 8:00 pagi.
    44.2 Kenderaan tetamu hendaklah diletakkan di tempat letak kenderaan yang
    disediakan.
    44.3 Pelajar menetap hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya tidak
    menjalankan aktiviti di dalam kawasan kolej tanpa kebenaran bertulis daripada
    Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.
    44.4 Pelajar menetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku dan disiplin
    tetamu mereka dan memastikan semua peraturan kolej dipatuhi sepanjang mereka
    berada di dalam kawasan kolej.
    44.5 Pelajar menetap hendaklah memastikan tetamu meninggalkan kawasan kolej
    sebelum jam 7:00 malam.

    PERKARA 45: KEBENARAN KHAS KELUAR KOLEJ

    45.1 Pelajar menetap perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas
    keluar kolej bagi tujuan yang munasabah.
    45.2 Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada pegawai yang diberi kuasa
    oleh Pengarah Kolej yang bertanggungjawab untuk kelulusan.

    PERKARA 46: AKTIVITI DI BLOK KOLEJ KEDIAMAN

    46.1 Semua aktiviti yang dijalankan di blok kolej kediaman, termasuk mesyuarat
    Jawatankuasa Blok Kolej Kediaman hendaklah mendapat kebenaran terlebih
    dahulu daripada Ketua Felo atau Felo.
    46.2 Pelajar menetap bertanggungjawab mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan oleh
    Jawatankuasa Kolej Kediaman.
    46.3 Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengisytiharkan status
    kesihatan mereka kepada Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh
    Pengarah Kolej.

    Pelan Laluan Kecemasa Asrama

    ASRAMA LELAKI

    ARAS G

    ASRAMA LELAKI

    ARAS 1/2/3

    ASRAMA PEREMPUAN

    ARAS G

    ASRAMA PEREMPUAN

    ARAS 1/2/3

    Blok Asrama Baharu

    Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), projek pembinaan Blok Asrama Pelajar Lelaki dan Rumah Warden di ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก (๐Š๐Œ๐Š๐Š), Pendang kini sedang memasuki fasa pembinaan struktur bangunan. Pelaksanaan projek ini dipantau secara berkala oleh Bahagian Matrikulasi bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak perunding dan kontraktor bagi memastikan setiap kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan, mematuhi piawaian keselamatan serta mencapai kemajuan mengikut jadual. Pembinaan kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM dalam memperkasa infrastruktur pendidikan matrikulasi, khususnya bagi meningkatkan kapasiti dan keselesaan penginapan pelajar serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkualiti. Tahun Ini, Tahun Kita โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

    1

    2

    3

    4

    5

    Blok Asrama Dalam Pembinaan

    Color 2 2

    Color 2 3

    Color 2 4

    Color 2 5

    PLAN ASRAMA BARU ARAS G 2

    PLAN ASRAMA BARU ARAS 123 2

    Animasi Gambar Blok Baru Asrama KMKK