K M K K
Memuatkan Laman...
FAQ Robot Icon
CHAT BOT KMKK
Skip to main content

Adakah anda bakal JURUTERA yang
kami cari?

KMKK adalah institusi pendidikan yang tepat untuk anda
Kami menawarkan Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester)

Asas Kejuruteraan

Subjek Teras

Matematik

Kimia

Fizik

Asas Kejuruteran

Subjek Wajib

Bahasa Inggeris
Pengajian Am Matrikulasi
Kokurikulum
Pendidikan Islam/ Moral

Silibus

SEMESTER 01 EB015
1.0 Introduction To Engineering
2.0 Ethics In Engineering
3.0 Engineering Management
4.0 Safety And Health
5.0 Engineering Material
6.0 Fundamental In Engineering
7.0 Engineering Drawing

SEMESTER 02 EB025
1.0 Engineering Mechanics
2.0 Engineering Drawing
3.0 Direct Current Circuit
4.0 Alternating Current Circuit
5.0 Engineering Material
6.0 Civil Structure And Design


Kejuruteraan Awam

Subjek Teras

Matematik

Kimia

Fizik

Kejuruteran Awam

Subjek Wajib

Bahasa Inggeris
Pengajian Am Matrikulasi
Kokurikulum
Pendidikan Islam/ Moral

Silibus

SEMESTER 01 EA015
1.0 Engineering Profession
2.0 Ethics In Engineering
3.0 Engineering Management
4.0 Occupational Safety And Health
5.0 Engineering Materials
6.0 Fundamental In Engineering


SEMESTER 02 EA025
1.0 Introduction To Civil Engineering
2.0 Analysis And Design
3.0 Construction Management

Practical
Sem 01-Engineering Drawing
Sem 02-Lab And Workshop


Kejuruteraan Mekanikal

Subjek Teras

Matematik

Kimia

Fizik

Kejuruteran Mekanikal

Subjek Wajib

Bahasa Inggeris
Pengajian Am Matrikulasi
Kokurikulum
Pendidikan Islam/ Moral

Silibus

SEMESTER 01 EM015
1.0 Engineering Profession
2.0 Ethics In Engineering
3.0 Engineering Management
4.0 Occupational Safety And Health (Osh)
5.0 Engineering Materials
6.0 Fundamental In Engineering
7.0 Engineering Drawing

SEMESTER 02 EM025
1.0 Engineering Materials
2.0 Engineering Mechanics
3.0 Workshop Practice
4.0 Engineering Design


Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Subjek Teras

Matematik

Kimia

Fizik

Kejuruteran Elektrik & Elektronik

Subjek Wajib

Bahasa Inggeris
Pengajian Am Matrikulasi
Kokurikulum
Pendidikan Islam/ Moral

Silibus

SEMESTER 01
1.0 Engineering Profession
2.0 Ethics In Engineering
3.0 Engineering Management
4.0 Occupational Safety And Health(Osh)
5.0 Engineering Material
6.0 Fundamental In Engineering
7.0 Engineering Drawing

SEMESTER 02
1.0 Direct Current Circuits
2.0 Alternating Current Circuits
3.0 Electromagnetism And Magnetic Circuits
4.0 Semiconductor Devices
5.0 Digital Electronics
6.0 Electrical And Electronic Laboratory


Kenali Program Matrikulasi

Konsep Umum Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM  merupakan program persediaan untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi mengambil kira pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Struktur pengajian menggunakan sistem semester (2 semester) dan tempoh pengajian adalah selama satu tahun. Pelajar ditempatkan di kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan masa pembelajaran.

Mulai Sesi 2018/2019, Bahagian Matrikulasi akan melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE). OBE merupakan suatu proses akademik dan pendekatan dalam membangunkan jangkaan berfokuskan keberhasilan seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada pelajar yang perlu dicapai sebelum bergraduan.

Pelaksanaan Program

Tempoh pengajian setiap semester adalah 18 minggu (sila rujuk Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua kursus yang diambil pada setiap semester. Pakej kursus yang perlu diambil bagi melengkapkan pengajian merangkumi kursus pengkhususan dan kursus wajib.

Rasional Sistem Semester

Bahagian Matrikulasi KPM melaksanakan sistem semester selaras dengan amalan kebanyakan UA dalam dan luar negara. Rasional pelaksanaan sistem semester adalah:

  • Menyediakan pendidikan yang lebih kompetitif kepada pelajar.
  • Memberi ruang yang lebih luas kepada kolej untuk melaksanakan sistem penilaian prestasi dan menilai kemajuan akademik pelajar yang lebih sesuai dan berkesan.

Ciri-ciri Utama

  • Pembelajaran dilaksanakan secara kuliah, tutoran dan amali.
  • Penilaian pelajar berdasarkan kepada Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Prestasi dan kedudukan akademik pelajar berdasarkan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di akhir setiap semester.
  • Setiap pelajar perlu mengikuti kursus wajib. Gred yang diperoleh tidak dikira dalam PNGS dan PNGK. Walau bagaimanapun, keputusan dicatat dalam transkrip pelajar.

Kelayakan Sijil Matrikulasi KPM

Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi syaratsyarat berikut:

  • berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM.
  • mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus pengkhususan yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM.
  • keputusan diperolehi dalam satu peperiksaan sahaja.
  • Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan

Peluang Memasuki Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam

Bermula 2017, kerajaan telah bersetuju untuk memberi peluang kepada calon dengan kelayakan sijil Matrikulasi memohon jawatan dalam perkhidmatan awam!

Calon yang mempunyai Sijil Matrikulasi KPM boleh memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) pada GRED 5, SETARA STPM dan DIPLOMA. Terdapat pelbagai jawatan yang boleh dimohon sesuai dengan kelayakan.


Prospek Kerjaya

Pelajar lepasan Program Matrikulasi berpeluang untuk :

  • Melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

(Selepas tamat pengajian di KMKK,pelajar matrik jurusan kejuruteraan boleh memohon program yang di luar bidang kejuruteraan.seperti contoh sains komputer, pendidikan, seni bina.Yang tidak boleh mohon adalah bidang yang berkaitan perubatan seperti doktor perubatan, pergigian, farmasi dan program-program yang memerlukan subjek biologi di peringkat matrikulasi)

  • Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.


Senarai Universiti Luar Negara Yang Mengiktiraf Program Matrikulasi