K M K K
Memuatkan Laman...
FAQ Robot Icon
CHAT BOT KMKK
Skip to main content

Kecemerlangan
Menjana
Teknokrat Kompeten




Visi KMKK

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Misi KMKK

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

  • Sejarah dan Latar Belakang

    Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) berasal daripada sebuah Sekolah Menengah Teknik Pendang. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang. Sehingga tahun 2018 kami menggunakan nama Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah(KMTK). Pada 2018 nama KMTK telah sekali lagi ditukar kepada KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN KEDAH sehingga hari ini.

  • Dasar Kualiti

    Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan akademik, hal ehwal pelajar dan latihan pembangunan staf bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan.

  • Perutusan Pengarah

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah.Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web KMKK kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidik serta dapat dilayari sebaik mungkin.Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi / multimedia / siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah yang dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa amat dialu-alukan.

  • Piagam Pelanggan

    Kami warga KMKK dengan penuh iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:

    1. Memastikan urusan pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan dalam tempoh satu hari.
    2. Memastikan pelajar mencapai PNGS 3.50 dan PSPM mengikut KPI semasa.
    3. Tiada kecederaan sewaktu menjalankan amali sains dan kejuruteraan.
    4. Memastikan markah Penilaian Berterusan (PB) dihantar mengikut surat arahan BMKPM dan takwim peperiksaan.
    5. Memastikan 100% persediaan pusat peperiksaan selesai sehari sebelum peperiksaan.
    6. Memastikan pensyarah mendapat bilangan hari latihan dan mata kredit yang mencukupi berdasarkan pekeliling semasa.
    7. Memastikan kepuasan pelanggan dilaksanakan setiap tahun dengan pencapaian sekurang-kurangnya 80% kepuasan pelanggan.
    8. Menyalurkan aduan perkhidmatan (kecuali kerosakan) dalam tempoh 2 hari bekerja, memaklumkan status tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja.
    9. Memastikan daftar risiko dikaji semula setiap tahun.
    10. Memastikan bayaran diproses dalam tempoh 7 hari selaras dengan arahan Bahagian Matrikulasi.


Pengurusan Tertinggi

MOHAMAD ARIFFIN BIN ABD AZIZ

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


MOHD ZAM ZAM BIN AHMAD

Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MOHD HELMI BIN MEHAT

Ketua Jabatan Matematik & Kejuruteraan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ZAINOL BIN ISMAIL

Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SITI AMINAH BINTI MD ZAIN

Ketua Jabatan Sains

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



Ketua Unit

MOHAMAD FIRDAUS BIN HARUN

Ketua Unit Kimia

MOHAMAD AZLAN BIN MOHD NOR

Ketua Unit Bahasa Inggeris

SYAZLINA BINTI ABDUL RASID

Ketua Unit Fizik

MOHD FARID BIN BAHARUM

Ketua Unit Matematik

FAZIAH BINTI ABDULLAH

Ketua Unit Pendidikan Islam & Moral

MOHD SUHAIMI BIN AHMAD

Ketua Unit Kejuruteraan Awam

DR. MOHD NORAMDZAN B. MOHD YUSOF

Ketua Unit Kejuruteraan Mekanikal

AZRUL NIZAM BIN AHMAD

Ketua Unit Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Asas Kejuruteraan

ASHAFIZY BIN ABU SEMAN

Ketua Unit Pusat Sumber

KEE CHIA CHOON

Ketua Unit ICT

ROSIDAH BINTI ABDUL ROFAT

Ketua Unit Makmal Sains

RITA MASMURA BINTI ISMAIL

Ketua Unit Kolej Kediaman


Logo KMKK

3 Bentuk Gear (Teras)

Tiga bentuk gear (teras) mewakili tiga aliran kejuruteraan yang ditawarkankan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan:

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal


Warna BIRU ( BLUE) , perpaduan, bersatu dan muafakat warga KMKK di dalam menjayakan visi dan misi.

3 Bentuk Gear (Sisi)

Tiga bentuk gear (membentuk sempadan) mewakili 3 buah kolej perintis beraliran teknikal di Malaysia, yang direalisasikan melalui Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, BMKPM.

Bermula dengan gear bersaiz kecil sehingga menjadi gear yang bersaiz besar, merujuk kepada perkembangan ilmu dan  profesionalisme pelajar.

Warna JINGGA ( ORANGE) , kreatif dan inovatif warga KMKK, dan merupakan warna rasmi daerah Pendang, Kedah (lokasi KMKK)

Bentuk Segitiga (Kombinasi Gear)

Gabungan dari gear-gear di sisi dan gear-gear di teras membentuk segitiga yang bermaksud persepaduan visi, misi BMKPM dan KMKK di dalam menjana profesionalisme teknokrat kejuruteraan untuk keperluan negara.