K M K K
Memuatkan Laman...
FAQ Robot Icon
CHAT BOT KMKK
Skip to main content
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK)
Portal Rasmi KMKK

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Membentuk modal insan berilmu, berkemahiran tinggi, dan berintegriti berasaskan pendidikan matrikulasi sains dan kejuruteraan yang berkualiti.

3.50 KPI PNGS Pelajar
100% Persediaan Dewan Peperiksaan
≥ 80% Sasaran Kepuasan Pelanggan
ISO Sistem Pengurusan Berkualiti

Sejarah & Latar Belakang

Peringkat perkembangan institusi

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) berasal daripada sebuah Sekolah Menengah Teknik Pendang. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang.

2008 - 2018 Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK)
2018 - Kini Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK)
ISO

Dasar Kualiti

Komitmen Pengurusan Tinggi

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan akademik, hal ehwal pelajar dan latihan pembangunan staf bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan.

Sistem Pengurusan Berkualiti Terjamin

Perutusan Pengarah

Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Pengarah KMKK

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah."

Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web KMKK kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan...

Perutusan Penuh Pengarah

Teks lengkap ucapan perutusan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web KMKK kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidik serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi / multimedia / siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah yang dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa amat dialu-alukan.

Komitmen Kami

Piagam Pelanggan

Kami warga KMKK dengan penuh iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:

Tiada carian piagam yang sepadan.