INFO PELAJAR KMKK

Alt Text

"KMKK MATRIX"
APLIKASI PELAJAR KMKK

Aplikasi Rasmi Pelajar KMKK

Akses borang online dan info/memo terkini dalam satu aplikasi.

Semua pelajar perlu menggunakan aplikasi rasmi ini untuk sebarang permohonan di Unit Kolej Kediaman dan HEP cth: Aduan Kerosakan,Rekod ke Klinik, Outing Khas dan sebagainya.

Tutorial Install Aplikasi Pelajar KMKK

Video Teaser App KMKK

DELIMa 2.0

Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Satu pelantar sehenti untuk semua keperluan pendidikan anda. Kami menyediakan sumber, panduan dan maklumat untuk murid, guru dan ibu bapa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu supaya tiada murid yang ketinggalan.

DELIMa 2.0

Digital Educational Learning Initiative Malaysia

Klik Sini

Kalendar Pelajar

Kalendar Akademik

2023/2024

Kalendar Akademik

2024/2025

Jadual Tugas Felo

Jadual Felo

Jadual Outing Sem 2

Memo Hal Ehwal Pelajar

  • S.O.P pelajar pulang ke kmkk

    S.O.P pelajar pulang ke kmkk

  • Hukuman bawah Akta 174

    Hukuman bawah Akta 174

  • Larangan Membuli

    Larangan Membuli

  • Riadah cuaca buruk

    Riadah cuaca buruk

  • Tatacara pakaian SEMASA PSPM1

    Tatacara pakaian SEMASA PSPM1

Etika Pakaian Pelajar

Pakaian pelajar KMKK adalah tertakluk kepada peraturan/kod etika pakaian yang telah ditetapkan

  • Image Alt
  • Image Alt
  • Image Alt

    Unit Kaunseling & Kerjaya

    Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)

    Perkhidmatan WiFi

    Akses WiFi percuma di sekitar kawasan KMKK.

    ID WiFi untuk semua pelajar telah siap dijana. Boleh ikuti langkah berikut untuk access WiFi pelajar
    1. Pilih Student@KMTK & click connect
    2. Public Access - Login Page akan papar
    3. Keyin username & password
    Username = no. Matrik pelajar (e.g. mk23xxxxxxxx atau ms23xxxxxxxx atau ma23xxxxxxxx)
    Password = no kad pengenalan pelajar tanpa -
    4. Click proceed button

    Perkhidmatan Rawatan

    Ketahui lebih lanjut prosedur mendapatkan rawatan di klinik/hospital.

    Waktu rawatan ke klinik ada 2 sesi shj:
    a)830 pagi, dan
    b)200 petang

    BUKAN 830PAGI HINGGA 200PETANG.
    Datang ke PEJABAT ASRAMA pada jam yang diatas shj.
    Jangan bagi alasan ada kelas,kalau sakit boleh skip kelas dan maklum kpd pensyarah berkenaan!

    Selain daripada waktu diatas,jika pelajar ingin ke klinik SILA BERURUSAN DENGAN PEJABAT HEP SHJ.

    Rawatan pada jam 5.00petang dan keatas & hari Jumaat,Sabtu dan cuti umum,sila berhubung denga FELO bertugas.

    Peraturan Pelajar Program Matrikulasi

    Peraturan yang ditetapkan perlu diguna pakai oleh semua pelajar demi kesejahteraan pelajar, nama baik kolej khususnya dan Program Matrikulasi KPM amnya.

    BAHAGIAN A:PERATURAN AM

    Peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian
    Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membantu pengurusan pelajar di
    kolej matrikulasi KPM. Peraturan yang ditetapkan perlu diguna pakai oleh semua pelajar demi
    kesejahteraan pelajar, nama baik kolej khususnya dan Program Matrikulasi KPM amnya.
    1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar menetap yang
    mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM.
    1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki
    makna yang lain;
    (a) “pegawai hal ehwal pelajar” bermaksud pengarah kolej matrikulasi.
    (b) “pengetua kolej kediaman” bermaksud ketua jabatan pengurusan pelajar
    bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman.
    (c) “ketua felo” bermaksud ketua warden iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas
    kolej kediaman dan dilantik dalam kalangan pegawai/ pensyarah dan mengetuai
    felo kolej kediaman.
    (d) “felo” bermaksud warden iaitu pegawai utama yang menjaga sesuatu kolej
    kediaman dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk
    bertindak bagi pihak pengurusan kolej.
    (e) “ketua penyelia asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia kolej kediaman.
    (f) “penyelia asrama” bermaksud pegawai yang membantu ketua penyelia asrama
    mengurus selia kolej kediaman.
    (g) “kolej kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan oleh institusi
    untuk kediaman pelajar.
    (h) “bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk bangunan yang
    ada di dalam kolej.
    (i) “kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam kolej seperti
    padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan luar di sekeliling
    bangunan.
    (j) “kolej” bermaksud institusi pendidikan yang menjalankan Program Matrikulasi
    KPM.
    (k) “lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan keluar dari kawasan kolej
    yang mendapat kelulusan pengarah kolej.
    (l) “pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi KPM.
    (m) “pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar menetap yang tinggal dalam
    sesuatu kolej kediaman.
    (n) “peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam bangunan dan
    di kawasan kolej.
    (o) “pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam rombongan yang mewakili
    sesuatu institusi kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan, persatuanpersatuan, kelab-kelab dan badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya
    di bawah Akta Pertubuhan Negara 1966.
    (p) “tetamu” bermaksud keluarga dan saudara mara terdekat yang datang
    mengunjungi pelajar menetap di kolej.
    (q) “pengawal keselamatan kolej” bermaksud pengawal keselamatan yang dilantik
    oleh pihak kolej.
    (r) “kaunter sirkulasi” bermaksud kaunter perkhidmatan, peminjaman dan pemulangan
    buku.
    1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk
    helai cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.
    (Akta 174: Kaedah 3(b))
    1.4 Buku ini perlu dibaca bersekali dengan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976,
    pekeliling, surat arahan yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa dan
    peraturan/ akta yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.
    1.5 Pihak kolej dan Bahagian Matrikulasi KPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya
    berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini akibat daripada ketidakpatuhan kepada
    Peraturan Pelajar Program Matrikulasi KPM.
    2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kolej demi
    menjaga nama baik pelajar, kolej, Bahagian Matrikulasi dan KPM.
    (Akta 174: Kaedah 3(a))
    2.2 Pelajar bertanggungjawab membuat aduan kepada pihak kolej sekiranya terdapat
    sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan orang luar, aktivitiaktiviti yang tidak sihat dan lain-lain dengan kadar segera.
    2.3 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi
    RM300.00 dan barang kemas bernilai tidak melebihi RM1,000.00 pada satu-satu masa.
    2.4 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan, perniagaan atau
    perdagangan sama ada sepenuh atau separa masa pada sepanjang pengajian.
    (Akta 174: Kaedah 14)
    2.5 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya tanpa kebenaran atau melanggar perjanjian
    boleh dikenakan tindakan.
    2.6 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi sesuatu kesalahan jenayah di
    mana-mana mahkamah, pelajar itu akan diberhentikan serta-merta daripada menjadi
    pelajar Program Matrikulasi KPM.
     (Akta 174: Seksyen 14.2)
    2.7 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki atau membawa
    peralatan elektronik yang berharga tinggi dan bertanggungjawab mendaftar peralatan
    tersebut di kolej kediaman
    3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, bengkel aktiviti kokurikulum dan semua
    aktiviti rasmi kolej.
    3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutoran,
    amali, bengkel, aktiviti kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej.
    3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu kuliah, tutoran,
    amali, bengkel, aktiviti kokurikulum, pelajar akan dikira tidak hadir bagi kuliah, tutoran,
    amali, aktiviti kokurikulum berkenaan.
    3.4 Sekiranya pelajar tidak hadir adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
    memaklumkan dengan segera kepada pegawai yang berkaitan.
    (Akta 174: Kaedah 4)
    3.5 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang sah atau
    mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai
    lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran,
    amali, bengkel, kokurikulum dan aktiviti rasmi kolej.
    4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad matrik
    yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.
    4.2 Kad matrik tidak dibenarkan untuk dipindah milik.
    4.3 Kad matrik yang hilang/ rosak mesti dilaporkan kepada pihak kolej untuk diganti dan
    kos ditanggung oleh pelajar.
    (Akta 174: Kaedah 25)
    5.1 Pengawal keselamatan kolej adalah pegawai yang diberi tanggungjawab menyelia dan
    melaporkan keselamatan keseluruhan kepada pihak pengurusan kolej.
    5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen
    pengenalan diri seperti kad pengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen memandu
    apabila diminta oleh pengawal keselamatan, felo, ketua felo atau pegawai lain yang
    diberikan kuasa oleh pengarah kolej.
    5.3 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar dan masuk kolej di pondok pengawal.
    5.4 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam 7.00 malam perlu mendapat
    kebenaran daripada pengarah atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh pengarah
    kolej.
    (Akta 174: Kaedah 3b)
    6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan luar kecuali dengan
    kebenaran Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM sepanjang tempoh pengajian.
    6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penyelewengan akademik dalam
    peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh diberi markah 0 bagi kertas
    peperiksaan berkenaan atau diberi gred F bagi kursus berkenaan.
    (Akta 174: Kaedah 3(j) dan 7A)
    7.1 Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta
    memakai kasut bertutup bersesuaian dengan majlis semasa menghadiri aktiviti rasmi
    kolej.
    7.2 Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta
    memakai kasut bertutup semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali, peperiksaan dan
    Perpustakaan.
    7.3 Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan pelindung mata
    (sekiranya perlu) sepanjang sesi amali/ bengkel.
    7.4 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum pelajar dikehendaki memakai:
    (a) pakaian seragam yang ditetapkan bagi unit beruniform; atau
    (b) seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi
    aktiviti sukan dan permainan atau kelab dan persatuan.
    7.5 Pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada PERKARA 7.1 dan 7.2 serta mempamerkan kad matrik semasa mengikuti lawatan rasmi.
    7.6 Pakaian semasa keluar kolej (outing).
    (a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata; dan
    (b) pelajar hendaklah membawa kad matrik sepanjang berada di luar kawasan kolej.
    8.1 Pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang ialah seperti berikut;
    (a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga;
    (b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi;
    (c) di sisi - rambut menutup kedua-dua cuping telinga atau sebahagian daripadanya dan
    bauk melebihi paras tengah hidung; dan
    (d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang.
    8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan
    kemas.
    8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan mengikat atau
    mendandankannya supaya kelihatan kemas.
    8.4 Pelajar dilarang mewarnakan rambut.
    9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
    (Akta 174: Kaedah 4)
    9.2 Pelajar boleh memilih aktiviti kokurikulum yang mereka minati. Pihak kolej berhak
    membuat keputusan terhadap aktiviti kokurikulum yang dipilih oleh pelajar.
    9.3 Seseorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan serius perlu mengisytiharkan
    status kesihatan kepada pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh pengarah
    kolej.
    9.4 Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan diambil kira sebagai merit penilaian
    bagi pemarkahan 10% kokurikulum ke UA.
    10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolej selepas waktu pejabat, pada cuti
    hujung minggu dan pada hari-hari cuti hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
    pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    10.2 Perabot dan peralatan hendaklah disusun kembali seperti keadaan asal.
    (Akta 174: Kaedah 31)
    10.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa pulang peralatan milik kolej tanpa kebenaran pihak
    kolej.
    10.4 Kehilangan/ kerosakan peralatan perlu dilaporkan segera kepada pegawai yang
    bertanggungjawab. Jika berlaku kehilangan/ kerosakan peralatan, pelajar dikehendaki
    untuk membuat bayaran ganti rugi mengikut nilai barang tersebut.
    11.1 Kenderaan Kolej
    (a) Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak hendaklah mendapat
    kelulusan daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
    pengarah kolej. 
    (b) Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa membatalkan sebarang
    tempahan terhadap penggunaan kenderaan kolej sekiranya terdapat keperluan
    lebih penting oleh pihak kolej.  

    11.2 Kenderaan Luar
    (a) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan luar termasuk kenderaan
    sewaan dan kenderaan persendirian.
    12.1 Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor
    di dalam kolej.
    12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara juga atau melakukan apaapa perbuatan yang menghalang atau mengganggu pergerakan lalu lintas yang licin
    dan teratur di dalam kolej.
    (Akta 174: Kaedah 45)
    13.1 Lawatan rasmi ke luar kolej
    (a) Permohonan untuk membuat lawatan rasmi ke luar kolej hendaklah dikemukakan
    kepada pengarah kolej dalam tempoh seperti berikut;
    i. bagi lawatan rasmi dalam negara - satu bulan sebelum tarikh lawatan; atau
    ii. bagi lawatan rasmi ke luar negara - tiga bulan sebelum tarikh lawatan.
     (Akta 174: Kaedah 13)
    (b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen pengenalan diri seperti kad
    pengenalan, pasport dan kad matrik hendaklah dibawa bersama.
    13.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej
    (a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan dan / atau menjalankan sebarang aktiviti ke
    kolej perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai
    lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    (b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang ingin menerima dan
    membawa pihak luar melawat ke dalam kolej perlu memohon dan mendapatkan
    kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa
    oleh pengarah kolej. 
    (c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu mendapatkan kebenaran
    bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah
    kolej.
    14.1 Sebarang aktiviti dengan agensi luar perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
    Bahagian Matrikulasi.
    14.2 Sebarang aktiviti/ program pelajar sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej
    mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang
    diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    14.3 Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar hendaklah diiringi oleh penasihat/
    pensyarah sepanjang aktiviti/ program pelajar dijalankan.
    14.4 Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan, menganjurkan dan menyertai;
    a) sebarang aktiviti yang bercanggah dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh
    pengarah kolej; dan
    (Akta 174: Kaedah 9)
    b) aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang
    negara sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej.
    (Akta 174: Kaedah 3a)
    14.5 Masa menamatkan semua aktiviti/ program dalam PERKARA 14.2 pada sebelah
    malam ialah tidak lewat daripada jam 11.00 malam. Sebarang aktiviti yang melewati
    masa tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada pengarah kolej atau pegawai
    lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    (Akta 174: Kaedah 29)
    14.6 Aktiviti riadah pada waktu petang perlu tamat 30 minit sebelum waktu Maghrib.
    15.1 Mana-mana kelab/ pertubuhan/ persatuan pelajar menetap yang ingin menjemput
    perceramah/ pensyarah luar hendaklah mengikut peraturan;
    (a) Penceramah/ pensyarah luar itu ingin dijemput untuk memberi ceramah perlu
    mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
    kuasa oleh pengarah kolej.
    (b) Penceramah/ pensyarah yang dijemput hendaklah terdiri daripada pegawai
    kakitangan di kementerian/ jabatan kerajaan dari institusi pendidikan/ pengajian
    tinggi/ agensi luar yang diiktiraf oleh KPM;
    (c) Penceramah/ pensyarah yang dijemput tidak boleh daripada kalangan ketua/
    pemimpin atau ahli sebarang perkumpulan/ persatuan/ pertubuhan yang tidak
    disetujui oleh KPM;
    (d) Tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara yang bersesuaian dengan tujuan
    dan objektif kelab/ pertubuhan/ persatuan dan tidak bercanggah dengan peraturan
    kolej dan undang-undang negara; dan
    (e) Semasa ceramah/ syarahan diadakan, pensyarah atau penasihat kelab/
    pertubuhan/ persatuan yang berkenaan hendaklah hadir bersama dan
    bertanggungjawab menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada pengarah
    kolej atau Bahagian Matrikulasi.
    Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah/ syarahan yang bukan anjuran KPM
    kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
    kuasa oleh pengarah kolej.
    17.1 Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan hendaklah
    mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang telah
    diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    17.2 Kemudahan pengangkutan disediakan kepada pelajar bagi mendapatkan rawatan
    kesihatan ke klinik kerajaan.
    17.3 Pelajar dikehendaki menanggung sendiri kos keseluruhan perubatan jika ingin
    mendapatkan perkhidmatan di klinik/ hospital swasta dengan persetujuan ibu/ bapa/
    penjaga.
    17.4 Pelajar dibenarkan berada di bilik sakit setelah mendapat kebenaran secara bertulis
    dari pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    18.1 Tiada seorang pelajar, kumpulan pelajar, pertubuhan, persatuan atau kelab boleh
    menyimpan, mendengar, menayang, menampal dan memperdengarkan sebarang
    penerbitan sama ada bercetak atau bukan bercetak seperti filem, kaset, audio, video
    dan lain-lain bahan bukan cetak yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan
    Undang-Undang Negara. (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).
    18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan bercetak yang hendak
    diedarkan atau ditontoni atau diperdengarkan kepada pelajar menetap perlu
    mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
    kuasa oleh pengarah kolej.
    18.3 Semua urusan surat-menyurat, rakaman, percetakan atau penerbitan yang
    menggunakan nama dan logo kolej yang hendak dibuat edaran sama ada di dalam atau
    luar kawasan kolej hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah kolej
    atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibat dengan apa-apa jua cara dalam
    sebarang aktiviti perjudian di dalam kolej.
    (Akta 174: Kaedah 17)
    20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam miliknya atau jagaannya atau
    kawalannya apa-apa minuman beralkohol di dalam kolej.
    20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kolej adalah bersalah
    atas suatu kesalahan tatatertib.
    20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada dalam miliknya atau jagaannya
    atau kawalannya apa-apa minuman, makanan dan bahan-bahan yang tidak halal di
    dalam kolej.
    (Akta 174: Kaedah 18 dan 3b)
    Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau dibawah jagaan atau
    kawalannya, atau mempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar secara sengaja
    apa-apa bahan lucah di dalam kolej.
    22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya
    apa-apa dadah atau racun.
    22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya
    apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa
    tatatertib adalah direkabentuk bagi memakan atau meminum atau menghisap atau
    menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau dengan apaapa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
    22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau
    bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa
    dadah atau racun kepada sesiapapun.
    22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau
    memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain
    apa-apa dadah atau racun.
    22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seorang
    pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang
    didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.
    22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorang pelajar untuk menjalani
    ujian air kencing dan pemeriksaan perubatan.
    22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau
    menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah atas suatu
    kesalahan tatatertib.
    (Akta 174: Kaedah 20)
    23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah Peraturan
    4, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.
    23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaannya atau
    kawalannya apa-apa hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).
    23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya
    apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa
    tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau menghisap atau menyedut apa-apa
    hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).
    (Akta 174: Kaedah 26)
    24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuli seorang pelajar menetap
    lain sama ada secara lisan, bertulis dan / atau perbuatan.
    24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh mendatangkan kecederaan atau
    kemudaratan kepada diri sendiri dan / atau orang lain.
    (Akta 174: Kaedah 3a dan 3b) 
    25.1 Tiada seorang pelajar menetap boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
    kawalannya apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api.
    25.2 Tiada seorang pelajar menetap boleh memberi, membekal, mengadakan atau
    menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau
    menawarkan apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepada sesiapapun
    mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957.
    (Akta 174: Kaedah 3b dan 22) 
    Tiada seorang pelajar boleh mencuri/ mengalih/ meminda/ mengubah objek, harta benda
    kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu tanpa kebenaran di dalam kawasan
    kolej.
    (Akta 174: Kaedah 3h)
    Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau mencacatkan harta benda kepunyaan
    kolej atau kepunyaan mana-mana individu lain atau harta benda yang berada di dalam
    kawasan kolej.
    (Akta 174: Kaedah 3g dan 3b)
    28.1 Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap mana-mana pegawai,
    kakitangan kolej atau pelajar menetap lain.
    28.2 Tiada seorang pelajar dibenarkan berkelakuan tidak sopan pada setiap masa dan di
    mana-mana tempat di dalam atau luar kawasan kolej.
    28.3 Tiada seorang pelajar dibenarkan membuat bising/ menganggu ketenteraman di kolej
    kediaman, kafetaria, surau, bangunan akademik, bangunan pentadbiran dan lain-lain
    di dalam kawasan kolej.
    Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh pengajiannya.
    30.1 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang pihak kolej
    merujuk mana-mana pelajar menetap jika didapati perlu menjalani apa-apa rawatan
    oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.
    30.2 Seseorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan serius perlu mengisytiharkan
    status kesihatan kepada pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh pengarah
    kolej.
    Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa-apa arahan atau kehendak
    yang dikeluarkan oleh pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
    (Akta 174: Kaedah 26) 
    KMKK,Pokok Tai, 06720 Pendang Kedah 04-4682508 admin.kmkk@kmkk.matrik.edy.my