KENALI KMKKVISIMISIOBJEKTIFSEJARAH

Sejarah

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) berasal daripada sebuah Sekolah Menengah Teknik Pendang. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang. Sehingga tahun 2018 kami menggunakan nama Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah(KMTK). Pada 2018 nama KMTK telah sekali lagi ditukar kepada KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN KEDAH sehingga hari ini(2023).

Visi & Misi

Visi BMKPM
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Misi BMKPM
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Logo KMKK

Kenali maksud disebalik logo kami.


3 BENTUk GEAR (SISI)
Warna JINGGA ( ORANGE) , kreatif dan inovatif warga KMTK, dan merupakan warna rasmi daerah Pendang, Kedah (lokasi di mana KMKK berada)
Tiga bentuk gear oren (membentuk sempadan) mewakili 3 buah kolej perintis beraliran teknikal di Malaysia, yang direalisasikan melalui Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, BMKPM.

Bermula dengan gear bersaiz kecil sehingga menjadi gear yang bersaiz besar, merujuk kepada perkembangan ilmu dan  profesionalisme pelajar.



3 BENTUK GEAR (TERAS)
Warna BIRU ( BLUE) , perpaduan, bersatu dan muafakat warga KMKK di dalam menjayakan visi dan misi.
Tiga bentuk gear (teras) mewakili tiga aliran kejuruteraan yang ditawarkankan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan:

Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Mekanikal



BENTUK SEGITIGA (KOMBINAS1 GEAR)
Gabungan dari gear-gear di sisi dan gear-gear di teras membentuk segitiga yang bermaksud persepaduan visi, misi BMKPM dan KMKK didalam menjana profesionalisme teknokrat kejuruteraan untuk keperluan negara.

Download Logo

Piagam Pelanggan

Komitmen KMKK terhadap perkhidmatan yang bermutu kepada pelanggan.

Kami Warga Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah,

Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk:

  1. Memastikan setiap pelajar yang telah mendaftar mendapat bilik penginapan yang lengkap, bersih dan selamat didiami pada hari pendaftaran.
  2. Memastikan jadual waktu disampaikan kepada setiap pelajar pada akhir sesi Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).
  3. Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan dan perkakasan bahan bantu mengajar boleh digunakan.
  4. Memastikan kemudahan kokurikulum dan rekreasi pelajar berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
  5. Memastikan setiap pelajar mendapat tempat untuk menduduki ujian dan peperiksaan.
  6. Memastikan urusan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan dilaksanakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan urusan berkenaan.
  7. Memastikan semua pelawat Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah  diberi layanan dalam tempoh lima belas minit.

Staf Pengurusan Tertinggi

KMKK,Pokok Tai, 06720 Pendang Kedah 04-4682508 admin.kmkk@kmkk.matrik.edy.my